Sejarah pembangunan Podcast

Suatu sistem awalan yang membenarkan pemilihan, pemuatturunan automatik dan penyimpanan audio siaran bersiri pada komputer persendirian mula dilancarkan pada September 2000[9] oleh syarikat elektronik i2Go.[10] i2Go melancarkan suatu lelaman a digital perkhidmatan audio berita dan hiburan MyAudio2Go.com yang membolehkan pengguna memuat turun siaran berita, sukan, hiburan dan sebagainya dalam format audio dan memainkannya pada pemain MP3 mereka.